Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 27 February 2017

Baik tapi tak solat. Macam mana tiket masuk syurga ? | Part 1

Assalamualaikum

I wondering this for a long time. Memang umur 18-25 ni memang stage hidup yang manusia selalu struggle ke? Struggle dengan semua benda. Terutamanya pasal kehidupan. Lagi-lagi student yang baru lepas habis belajar.

Then, kita selalu tanya pada diri sendiri pasal tujuan manusia hidup. Macam mana untuk survive dalam realiti. Its like, at my age. I don't know what I want to do . Macam hilang arah. Terasa bertambah sesat bila takde orang nak support kita. Lagi-lagi orang yang rapat dengan kita.

Sedih rasa.
Sedih tu tak tahu nak ucap macam mana.

Lepastu mula lah bandingkan diri dengan orang lain.
Kadang - kadang, apa yang aku cuba soal. Aku tak dapat jawapan. Terkial - kial jugak aku cari sendiri. Merangkak aku kesana ke mari.  Sebab nak cari jawapan Allah yang aku tak puas hati.

Dalam pada aku lemas dalam hidup, aku cari  Allah. Aku harap Tuhan boleh tolong aku sebab aku memang penyabar. Lagi satu aku tak suka kecoh-kecoh. Aku positive orangnya. Banyak yang dah berubah dari dulu. Kalau ada yang kenal aku dari zaman sekolah Tingkatan 1 - 5, you'll know. Perlahan-lahan aku berubah, perbaiki diri aku untuk jadi lebih baik. Terutama jadi anak yang solehah pada parents aku. Jadi orang yang tak aniaya orang lain and seorang hamba yang patuh pada perintah & larangan Allah.

Disebabkan aku ni jenis introvert and positive sangat, orang selalu label aku pendiam and sometimes lurus. Padahal, setiap benda aku observe. Aku tahu. Cuma aku tak cakap. Aku diam. That's introvert. kalau taktahu, mungkin boleh google atau buat research pasal MBTI Character and tahu sama ada korang introvert atau extrovert. Ini salah satu cara jugak untuk kenal diri sendiri dengan lebih dalam lagi sebab manusia kadang tak terjumpa diri sendiri. ( Doakan aku buat entri pasal ni nanti)

Nak tahu sesuatu?
Tiap kali aku nak buat keputusan sekarang. Tak tertinggal langsung perkara ni dari diri aku, dari hati aku.

"Ya Allah, berkatilah setiap apa yang aku lakukan dalam hidup aku. Andai pilihan yang aku buat adalah terbaik untuk aku, keluarga aku, masa depan aku, agamaku dan akhiratku. Maka permudahkanlah urusan aku. Dekatkanlah aku dengannya, dekatkan juga ia denganku.

Andai pilihan yang aku buat itu buruk bagiku, keluargaku, masa depanku, agamaku dan akhiratku. Maka jauhkanlah ia daripada aku. Jauhkanlah juga aku darinya. Sesungguhnya kau yang Maha Mengetahui segalanya. Kau yang Maha Berkuasa, Maha Adil dan Bijaksana."


Perlahan-lahan jugak Allah tunjukkan jalan kepada aku. Dia kaburkan yang mana buruk. Dia suluhkan yang mana terbaik.
Jangan terlepas dari fikiran untuk REDHA dengan setiap apa yang berlaku. SETIAP PERKARA.
Dan dalam setiap perkara yang berlaku juga, aku tak galakkan diri merungut melampau-lampau or cursing anything using curse words. 

Kalau ada aku merungut pun, aku luahkan semua dalam hati. Tapi tak sampai 10 minit, aku berdoa kat Allah balik supaya ampunkan dosa aku sebab merungut dengan perancangan yang Allah dah buat untuk hidup aku. Padahal PerancanganNYA lagi baik dari apa yang kita susun. My mind like innocent.

Kadang-kadang kan, bila ada sesuatu yang terjadi dalam hidup. Yes, aku just tenangkan diri aku and trying to find way out while  there some people aku terdengar atau nampak ada orang lain merungut atau tak puas hati dengan apa yang aku buat atau diorang salahkan orang lain atas apa yang dah terjadi,
Aku mula soal diri aku. Kenapa dia merungut? Kenapa dia nak salahkan orang lain? Dia tak percaya ke pada Ketentuan Allah? kenapa dia tak boleh sabar dan redha? Semua yang terjadi ada hikmah kan?

Lepastu semua soalan tu tergantung sebab aku pujuk otak aku untuk berfikir yang manusia tak ada yang sama. Mereka juga tak sempurna. Aku pasti, suatu hari Allah akan reply semua soalan aku.

Dalam pada aku cuba untuk mencari jalan hidup yang sentiasa diberkati dan diredhai Allah, aku nak tolong orang lain jugak. Aku taknak orang lain terkapai-kapai macam aku. So, aku decided nak tolong and didik adik adik aku supaya kenal Allah and ajar diorang supaya jangan sesekali lupa pada Allah. Macam yang biasa kita dengar, dulu kini dan selamanya.

"SOLAT ITU TIANG AGAMA"

Kadang tu awkward jugak. Aku sendiri banyak kekurangannya. Tapi pada masa yang sama , aku belajar dan aku nasihat diorang apa yang aku tahu. Aku taknak diorang hilang arah macam yang aku lalui. Aku taknak diorang hilang arah hidup.

Yes, our parents memang tunaikan tanggungjawab diorang. Cuba untuk beri didikan agama pada anak-anak dengan hantar anak-anak ke sekolah agama pada sebelah petang (biasanya negeri selangor). Tapi kalau tak praktikkan kat rumah, and tak ada orang yang ajak praktikkan sekali. Semua ilmu tu makin malap. Kenapa? Sebab aku pernah laluinya. Yes, parents harap lepas diorang hantar anak-anak ke sekolah agama, anak-anak akan terus praktik semua tu tanpa mereka perlu ajar lagi.

"its kind like, lepas tanggungjawab sebab semua cikgu dah ajar dekat sekolah"
Dekat rumah diorang tinggal perlu  "ingatkan" dan "suruh" anak-anak mereka solat. Bukannya "ajak solat sekali". Bukan ke lebih bahagia macam tu? entahlah. wallahualam.

Tapi tahu tak? Some children quiet innocent about that and will fade away. Some children jugak boleh terpengaruh kalau parents tak observe, tegur and praktikkan hidup dengan ilmu agama yang cukup. Dalam erti kata lain, parents and anak-anak kena sama-sama spend time luangkan masa praktikkan hal agama. Terutamanya pasal solat.

Kalau parents tak ajak anak-anak praktik solat dekat rumah dengan mereka. Bukan "suruh" tapi "ajak". Kalau bukan parents sendiri tak buat atau tunjukkan contoh yang baik, How they will gonna do that by themselves? Siapa yang nak tegur salah dan silap diorang? Cikgu sekolah ?
Nope. Its parents responsibilities. Sebabtu Allah galakkan , pentingnya solat berjemaah. Nikmatnya solat berjemaah. Dengan family ~

Tipulah kalau aku cakap aku tak teringin.
Aku .. teringin.

Sambung perjalanan hidup ke bahagian dua - Baik tapi tak solat | Part 2




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...